Pages

Idea : Nice idea!


Dah lame aku tak post kt blog yang agak tak menarik ni... memang bosan hidup aku sekarang ni... harapkan pagar, pagar makan hati..  ape-ape pn untuk post kali ni, aku nak kongsi idea aku yang agak tak memberangsangkan ini untuk difikirkan bersama dan supaya kita sama-sama dapat memperbetulkan dan meningkatkan idea aku ini menjadi satu idea yang menarik dan dapatlah kita jadikan teladan dan perubahan diri kita dimasa hadapan..
Tapi sebenarnye, aku tak ade idea untuk dikongsikan bersama, tapi itulah idea aku.. aku penat pikir tapi aku tak ade idea untuk dikongsikan bersama.. idea bukan mudah untuk dicari tapi ia akan datang secara sendiri cume kite je yang tak menghargai idea yang agak sempurna yang datang secara tiba2 ini dengan baik.. dan apa2 idea yang kita cuba pikirkan untuk menjadi terbaik tidak akan berhasil sehinggalah waktu yang kita tidak menjangkakan idea tersebut, idea itu akan datang kepada kita dengan sebaik2 idea.. cuma kita yang tidak menjangkakan itu adalah idea yang kita mahukan padahal ianya adalah sesempurna idea yang pernah kita sendiri pikirkan.. dan lama kelamaan idea tersebut hilang seakan pasir emas ditengah gurun dan barulah kita menyedari akan kewujudan idea tersebut dan kita akan coba mencari kembali idea sempurna tersebut, tetapi hasilnya kadang2 akan sama tapi tidak sesempurna yang datang secara tiba2 tadi.. 
kesimpulannya hargailah setiap apa yang anda pikirkan walaupun ianya hanyalah sebodoh2 pemikiran dan walaupun ianya mustahil diterima pakai,

p/s: aku mintak maaf diatas keteraburan ayat dan prosa kata yang mustahil diterima pakai oleh ahli pikir negara.. hanya beliau yang ber'IQ' 180 dan keatas sahaja dapat memahami ayat aku dengan sempurna..


Lifestory : Thank "You"


Terima kasih kawan......
Walaupun sudah lebih 12 tahun dia pergi, aku tetap ingat akan jasa-jasa dia... memang aku tak dapat lupakan akan sikap dia, dia banyak mengajar aku walaupun aku masih kecik lagi dan tidak mampu berfikir secara waras... dia lah idola aku.. dialah hero aku...

Dia selalu ada bersama aku ketika kecik, bermain bola bersama, memancing, panjat pokok, curi buah-buahan, dan macam2 lagi.. dia ajar aku naik basikal supaya dapat pergi kemana-mana bersama... walaupun dia lebih tua 4 tahun dari aku, tapi dia lah yang banyak menolong aku... aku selalu lepak dengan dia di atas pokok rambutan hampir setiap hari... setiap petang dia ajar aku bermain bola dan setiap hujung minggu aku akan pergi memancing sama-sama... 

Akan tetapi dia terpaksa pergi setelah hampir 8tahun aku berkawan, keluarga dia terpaksa berpindah ketempat lain... aku kesunyian tanpa dia.. tak ada lagi kegembiraan dalam hidup aku... aku selalu lepak dekat pokok rambutan tempat aku selalu lepak dengan dia... memang aku amat terasa akan kehilangan dia... walaupun begitu keluarga dia sentiasa datang ketika cuti panjang dan aku tetap dapat lepak dengan dia walaupun tidak seperti selalu sehingga lah aku berumur 12tahun ketika itu... keluarganya datang dan aku lihat dia sudah botak dan kepalanya ada beberapa kesan jahitan.. dia kelihatan sangat lemah dan aku sangat takut untuk berjumpa dengan dia... aku tak berbual apa-apa dengan dia.. dan keesokan harinya keluarganya pun pulang semula...

Aku tak sangka bahawa itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya.. dia rupa-rupanya menghidap barah otak... beberapa hari selepas itu ibu aku memberitahu bahawa dia sudah tiada lagi.. aku yang masih berusia 12 tahun pada masa itu tidak paham akan kata-kata ibuku dan menganggap bahawa dia sudah pindah ketempat lain dan tidak balik ke kampungku lagi.. 

Beberapa bulan selepas itu keluarganya ada datang kekampung aku... aku tanpa segan silu datang lah kerumah dia untuk mengajak dia keluar bermain bola bersama.. aku memberi salam dan memberitahu ibu dia bahawa aku ingin mengajak dia keluar bermain.. tapi aku lihat ibu dia terus menangis dan masuk semula kedalam rumah... aku yang pelik ketika itu terus balik dan memberi tahu ibuku... tapi aku pula dimarahi oleh ibuku... aku tak paham apa itu kematian... mak aku cuba menberi tahu aku hal yang sebenar bahawa dia sudah tiada lagi di dunia ini... aku bagaikan tidak percaya pada ketika itu bahawa dia sudah tiada lagi... aku menangis ketika itu mengetahui hal sebenar.. dan aku selalu lepak dekat pokok rambutan kalau teringat dekat dia... sekarang kalau lihat pokok tersebut, aku akan ingat akan dia... dialah rakan ku.. dia banyak mengajar aku... terima kasih kawan....