Pages

Idea : Nice idea!


Dah lame aku tak post kt blog yang agak tak menarik ni... memang bosan hidup aku sekarang ni... harapkan pagar, pagar makan hati..  ape-ape pn untuk post kali ni, aku nak kongsi idea aku yang agak tak memberangsangkan ini untuk difikirkan bersama dan supaya kita sama-sama dapat memperbetulkan dan meningkatkan idea aku ini menjadi satu idea yang menarik dan dapatlah kita jadikan teladan dan perubahan diri kita dimasa hadapan..
Tapi sebenarnye, aku tak ade idea untuk dikongsikan bersama, tapi itulah idea aku.. aku penat pikir tapi aku tak ade idea untuk dikongsikan bersama.. idea bukan mudah untuk dicari tapi ia akan datang secara sendiri cume kite je yang tak menghargai idea yang agak sempurna yang datang secara tiba2 ini dengan baik.. dan apa2 idea yang kita cuba pikirkan untuk menjadi terbaik tidak akan berhasil sehinggalah waktu yang kita tidak menjangkakan idea tersebut, idea itu akan datang kepada kita dengan sebaik2 idea.. cuma kita yang tidak menjangkakan itu adalah idea yang kita mahukan padahal ianya adalah sesempurna idea yang pernah kita sendiri pikirkan.. dan lama kelamaan idea tersebut hilang seakan pasir emas ditengah gurun dan barulah kita menyedari akan kewujudan idea tersebut dan kita akan coba mencari kembali idea sempurna tersebut, tetapi hasilnya kadang2 akan sama tapi tidak sesempurna yang datang secara tiba2 tadi.. 
kesimpulannya hargailah setiap apa yang anda pikirkan walaupun ianya hanyalah sebodoh2 pemikiran dan walaupun ianya mustahil diterima pakai,

p/s: aku mintak maaf diatas keteraburan ayat dan prosa kata yang mustahil diterima pakai oleh ahli pikir negara.. hanya beliau yang ber'IQ' 180 dan keatas sahaja dapat memahami ayat aku dengan sempurna..