Pages

Idea : Nice idea!


Dah lame aku tak post kt blog yang agak tak menarik ni... memang bosan hidup aku sekarang ni... harapkan pagar, pagar makan hati..  ape-ape pn untuk post kali ni, aku nak kongsi idea aku yang agak tak memberangsangkan ini untuk difikirkan bersama dan supaya kita sama-sama dapat memperbetulkan dan meningkatkan idea aku ini menjadi satu idea yang menarik dan dapatlah kita jadikan teladan dan perubahan diri kita dimasa hadapan..
Tapi sebenarnye, aku tak ade idea untuk dikongsikan bersama, tapi itulah idea aku.. aku penat pikir tapi aku tak ade idea untuk dikongsikan bersama.. idea bukan mudah untuk dicari tapi ia akan datang secara sendiri cume kite je yang tak menghargai idea yang agak sempurna yang datang secara tiba2 ini dengan baik.. dan apa2 idea yang kita cuba pikirkan untuk menjadi terbaik tidak akan berhasil sehinggalah waktu yang kita tidak menjangkakan idea tersebut, idea itu akan datang kepada kita dengan sebaik2 idea.. cuma kita yang tidak menjangkakan itu adalah idea yang kita mahukan padahal ianya adalah sesempurna idea yang pernah kita sendiri pikirkan.. dan lama kelamaan idea tersebut hilang seakan pasir emas ditengah gurun dan barulah kita menyedari akan kewujudan idea tersebut dan kita akan coba mencari kembali idea sempurna tersebut, tetapi hasilnya kadang2 akan sama tapi tidak sesempurna yang datang secara tiba2 tadi.. 
kesimpulannya hargailah setiap apa yang anda pikirkan walaupun ianya hanyalah sebodoh2 pemikiran dan walaupun ianya mustahil diterima pakai,

p/s: aku mintak maaf diatas keteraburan ayat dan prosa kata yang mustahil diterima pakai oleh ahli pikir negara.. hanya beliau yang ber'IQ' 180 dan keatas sahaja dapat memahami ayat aku dengan sempurna..


Lifestory : Thank "You"


Terima kasih kawan......
Walaupun sudah lebih 12 tahun dia pergi, aku tetap ingat akan jasa-jasa dia... memang aku tak dapat lupakan akan sikap dia, dia banyak mengajar aku walaupun aku masih kecik lagi dan tidak mampu berfikir secara waras... dia lah idola aku.. dialah hero aku...

Dia selalu ada bersama aku ketika kecik, bermain bola bersama, memancing, panjat pokok, curi buah-buahan, dan macam2 lagi.. dia ajar aku naik basikal supaya dapat pergi kemana-mana bersama... walaupun dia lebih tua 4 tahun dari aku, tapi dia lah yang banyak menolong aku... aku selalu lepak dengan dia di atas pokok rambutan hampir setiap hari... setiap petang dia ajar aku bermain bola dan setiap hujung minggu aku akan pergi memancing sama-sama... 

Akan tetapi dia terpaksa pergi setelah hampir 8tahun aku berkawan, keluarga dia terpaksa berpindah ketempat lain... aku kesunyian tanpa dia.. tak ada lagi kegembiraan dalam hidup aku... aku selalu lepak dekat pokok rambutan tempat aku selalu lepak dengan dia... memang aku amat terasa akan kehilangan dia... walaupun begitu keluarga dia sentiasa datang ketika cuti panjang dan aku tetap dapat lepak dengan dia walaupun tidak seperti selalu sehingga lah aku berumur 12tahun ketika itu... keluarganya datang dan aku lihat dia sudah botak dan kepalanya ada beberapa kesan jahitan.. dia kelihatan sangat lemah dan aku sangat takut untuk berjumpa dengan dia... aku tak berbual apa-apa dengan dia.. dan keesokan harinya keluarganya pun pulang semula...

Aku tak sangka bahawa itulah kali terakhir aku berjumpa dengannya.. dia rupa-rupanya menghidap barah otak... beberapa hari selepas itu ibu aku memberitahu bahawa dia sudah tiada lagi.. aku yang masih berusia 12 tahun pada masa itu tidak paham akan kata-kata ibuku dan menganggap bahawa dia sudah pindah ketempat lain dan tidak balik ke kampungku lagi.. 

Beberapa bulan selepas itu keluarganya ada datang kekampung aku... aku tanpa segan silu datang lah kerumah dia untuk mengajak dia keluar bermain bola bersama.. aku memberi salam dan memberitahu ibu dia bahawa aku ingin mengajak dia keluar bermain.. tapi aku lihat ibu dia terus menangis dan masuk semula kedalam rumah... aku yang pelik ketika itu terus balik dan memberi tahu ibuku... tapi aku pula dimarahi oleh ibuku... aku tak paham apa itu kematian... mak aku cuba menberi tahu aku hal yang sebenar bahawa dia sudah tiada lagi di dunia ini... aku bagaikan tidak percaya pada ketika itu bahawa dia sudah tiada lagi... aku menangis ketika itu mengetahui hal sebenar.. dan aku selalu lepak dekat pokok rambutan kalau teringat dekat dia... sekarang kalau lihat pokok tersebut, aku akan ingat akan dia... dialah rakan ku.. dia banyak mengajar aku... terima kasih kawan....


Invention: Kerusi kertas yang flexible..

FlexibleLove Chairs
1
Ini adalah sebuah invention yang menarik untuk diketengahkan.. dan ianya hanyalah sebuah kerusi kertas.. bukan sahaja berguna malah ianya adalah sustainable dan mesra pengguna.. ianya boleh dipanjangkan mengikut saiz malah boleh membengkok mengikut sesuka hati anda.. memang kool gile.. teringin jugak nak beli buat raye, tp tak tau la nak beli kt mane.. aku cari kt court mahmod tak de jual pulak..

1

1

1

1

1

History: Revolusi kalkulator

Pada zaman yang serba canggih dan mencabar ini, penggunaan kalkulator amatlah penting dalam segala bidang pengiraan daripada semudah-mudah pengiraan kepada lah serumit-rumit penyelesaian.. ianya membantu dalam mempercepatkan sesuatu kerja dan juga dapat menyelesaikan segala masaalah dengan hanya menekan nombor tanpa perlu memikirkan segala jalan kerja dan penulisan...
Tapi adakah semudah itu peralatan diluar jangkaan firaun ini dicipta.. ianya mengambil masa lebih 5000 tahun untuk berevolusi menjadi sempurna pada hari ini... dengan beberapa pengubahsuaian dan penggabungan beberapa konsep lain.. akhirnya kalkulator yang anda kecapi hari ini berjaya dihasilkan..

Ini adalah antara kalkulator pertama yang digunakan sejak 5000tahun lalu sehingga kini dibeberapa tempat sekitar asia.. ianya melakukan pengiraan dengan menggunakan konsep abacus..

1642- mesin yang dicipta oleh Blaise Pascal yang berumur hanya 18tahun pada tahun tersebut untuk menolong bapanya melakukan pengiraan cukai.. Ianya dikenali sebagai kalkulator roda berangka yang hanya membuat pengiraan berasas sepuluh dan hanya boleh melakukan penambahan..

Kalkulator daripada seorang pakar matematik Jerman, Gottfred Wilhem von Leibniz (1646-1716) menggunakan teknologi pascaline serta membaik pulih dan menambah sistem pendaraban..

Pada tahun 1820, Charles Xavier Thomas de Colmar telah mencipta mesin yang boleh mengira menggunakan empat asas aritmetik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.. Mesin yang diberi nama arithometer ini kemudian banyak digunakan ketika perang dunia pertama..


Pada 1889, Herman Hollerith (1860-1929) telah menggunakan prinsip kad perforasi iaitu kad yang ditebuk untuk membuat perhitungan. Sistem yang digunakan ini kemudian telah menjadi prinsip untuk medium penyimpanan data..

Ini adalah mesin yang dicipta oleh William Steward Burroughs pada awal tahun 1890 untuk pengiraan simpan kira dikedai-kedai untuk mengira jumlah dollar dan sen..  

Antara peranti mengira terawal pada akhir 1960an.. ianya menjadi fenomena seperti ipad pada masa tersebut.. pada awal tahun 1980an harganya telah jatuh mendadak sehingga semua orang mampu untuk memilikinya.. pada 1986, penggunaan kalkulator telah menjadi 41% kepada penggunaan perkakasan serba guna dunia untuk mengira.. dan pada awal 1990an, ianya telah dibenarkan digunakan disekolah-sekolah unutk memudahkan pengiraan sehingga kehari ini... walaupun begitu peratus penggunaan kalkulator pada hari ini telah jatuh mendadak kepada hanya 0.05 peratus sahaja penggunaannya untuk mengira..

Invention: Stupid or Smart??


 Untuk post kali ini aku nak bawak pembaca sekalian kealam penciptaan yang teramat serius sekali yang mana ianya boleh menjadikan anda gila memikirkan apakah ini satu idea yang genius untuk dicipta dan adakah ianya berguna dan kelihatan seperti ianya amat bodoh untuk diciptakan dan anda juga akan merasakan diri anda yang terlalu dungu untuk menerima segala penciptaan ini... Amat pelik dan aneh bunyinye.. tapi inilah lumrah pencipta yang datangnya daripada cabisan idea limpahan daripada kesilapan dan kelemahan manusia itu sendiri...
Kalau korang lihat gambar-gambar dibawah ni mesti korang pikir yang kalau cipta bende macam ni pun orang boleh melakukan aktiviti harian dengan sempurna... walaupun begitu invention seperti ini amat lah genius kerana ianya boleh menolong manusia daripada pelbagai aspek terutama sekali ianya boleh mengurangkan stress yang datang daripada ketidak keselesaan dan juga bende yang remeh..


nampak stupid tapi bagi aku ini adalah great idea... ianya boleh menjimatkan masa apabila ubat gigi tinggal sikit je sebab ianya boleh keluar kedua-dua arah dan korang tak payah lah nak tekan-tekan, gulung-gulung dan pelbagai alternatif lain untuk mengeluarkan ubat gigi anda apabila tinggal sikit...



Idea ini menarik sebab ianya boleh mengelakkan anda daripada mengambil ubat panaflex berlebihan... amat sesuai sekali kepada mereka yang mengalami sakit beguk untuk datang ke kelas..


ini aku tak tau la nak cakap stupid ke smart.. aku rase kalau orang ade resdung berdarah pun tak nak pakai bende sedemikian rupa yang mana akan menonjolkan bebebalan anda dikhalayak ramai.. yang jam tu menarik jugak la.. tapi aku rase sape-sape yang nak rase makan pakai kaki bole la try jam yang ala-ala final destination tu..

stupid inventions09
mule-mule aku ingat ini marker milik loque buterfingers.. rupe-rupenye bukan beliau punye sama sekali.. ini adalah mentega yang dibuat ala-ala gam kertas gitu.. memang bernas sekali idea beliau ini sebab dah tak payah gune sudu untuk menyapu butter kt roti lagi.. tapi butter ni tak sesuai dibuat kuih raye ye adik-adik...

stupid inventions32
Ini aku tak tau la nak cakap ape lagi kt mereka yang terlalu banyak idea sampai bende remeh macam ni pun dia nak cipta... adakah susah untuk menekan ctrl+alt+del??? tapi aku rase orang ini mempunyai masalah kekurangan anggota tangan ataupun jari yang sedikit cacat.. mungkin.. siapa tahu kan??

Apa-apa pun korang layan jela gambar-gambar penciptaan yang tersangat hebat dibawah ini malah kehebatan penciptaannya bagi aku adalah lebih hebat daripada idea orang yang membuat piramid... aku malas nak komen banyak-banyak sebab tak tau nak komen ape pasal invention yang terlalu hebat ini...

stupid inventions20

stupid inventions22

stupid inventions30

stupid inventions31

stupid inventions34



Invention: menara dengan rumah mudah alih..

portable housing tower5

Idea yang pelik dan menarik.. inilah ilham dari seorang arkitek muda bernama Felipe Campolina.. beliau telah mencipta sebuah menara yang mana terdiri daripada rumah-rumah mudah alih dan ianya boleh ditukar ganti dan anda juga boleh pindah rumah dengan senang sekali..  memang bernas gile idea beliau... ape-ape hal korang layan dulu gambar-gambar daripada idea hebat beliau yang mana diilhamkan daripada kumpulan arkitek jepun yang dipanggil metabolist..

walaupun aku pun tak berapa paham macam mane menara ini berfungsi tapi ianya akan mengurangkan impak kepada alam sekitar dengan reuseable rumah anda... memang menarik tapi aku tak berape yakin akan keselamatan menara ini dengan sistem perpaipan, elektrik dan gas yang macam rumit gile je bile nak pasang rumah ni..

portable housing tower6

portable housing tower1

portable housing tower9

portable housing tower10

portable housing tower11

portable housing tower12

portable housing tower8

portable housing tower4

portable housing tower7

Movie review: Tolong!! awek aku pontianak!!

Movie review from budak mentah...


Aku nak kongsi pendapat aku pasal cite ni.. aku baru tengok cite ni.. walaupun dah lame keluar panggung.. maklumla tunggu bole download baru nak tengok.. tengok mule-mule macam tak best.. tp bile da tengok.. perghh!! boleh rosak persepsi aku terhadap pontianak ni... ideologi aku terhadap cinta juga banyak berubah melihat kehebatan jalan cerite yang menghakis nafsu serakah seorang manusia terhadap pontianak... cerita ni memang funny+seram sikit+sweet giler..  walaupun cerita ini bagi aku dan kebanyakan penggemar filem ini mengatakan amat menarik dan sesuai ditonton seisi keluarga, namun filem yang menelan belanja sebanyak 1.22juta ini hanya mampu mengutip kutipan kasar sebanyak 760,000 sahaja.. amat tidak relevan bagi cerita melayu yang amat memberangsangkan seperti ini... mungkin kerana pengiklanan yang kurang rapuh ditambah lagi dengan promosi bersih 2.0 pada 9julai... 
apa2 pun layan dulu trailer cerita ni dulu... hehehe.. nak letak full movie xboleh la...