Pages

History: Revolusi kalkulator

Pada zaman yang serba canggih dan mencabar ini, penggunaan kalkulator amatlah penting dalam segala bidang pengiraan daripada semudah-mudah pengiraan kepada lah serumit-rumit penyelesaian.. ianya membantu dalam mempercepatkan sesuatu kerja dan juga dapat menyelesaikan segala masaalah dengan hanya menekan nombor tanpa perlu memikirkan segala jalan kerja dan penulisan...
Tapi adakah semudah itu peralatan diluar jangkaan firaun ini dicipta.. ianya mengambil masa lebih 5000 tahun untuk berevolusi menjadi sempurna pada hari ini... dengan beberapa pengubahsuaian dan penggabungan beberapa konsep lain.. akhirnya kalkulator yang anda kecapi hari ini berjaya dihasilkan..

Ini adalah antara kalkulator pertama yang digunakan sejak 5000tahun lalu sehingga kini dibeberapa tempat sekitar asia.. ianya melakukan pengiraan dengan menggunakan konsep abacus..

1642- mesin yang dicipta oleh Blaise Pascal yang berumur hanya 18tahun pada tahun tersebut untuk menolong bapanya melakukan pengiraan cukai.. Ianya dikenali sebagai kalkulator roda berangka yang hanya membuat pengiraan berasas sepuluh dan hanya boleh melakukan penambahan..

Kalkulator daripada seorang pakar matematik Jerman, Gottfred Wilhem von Leibniz (1646-1716) menggunakan teknologi pascaline serta membaik pulih dan menambah sistem pendaraban..

Pada tahun 1820, Charles Xavier Thomas de Colmar telah mencipta mesin yang boleh mengira menggunakan empat asas aritmetik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.. Mesin yang diberi nama arithometer ini kemudian banyak digunakan ketika perang dunia pertama..


Pada 1889, Herman Hollerith (1860-1929) telah menggunakan prinsip kad perforasi iaitu kad yang ditebuk untuk membuat perhitungan. Sistem yang digunakan ini kemudian telah menjadi prinsip untuk medium penyimpanan data..

Ini adalah mesin yang dicipta oleh William Steward Burroughs pada awal tahun 1890 untuk pengiraan simpan kira dikedai-kedai untuk mengira jumlah dollar dan sen..  

Antara peranti mengira terawal pada akhir 1960an.. ianya menjadi fenomena seperti ipad pada masa tersebut.. pada awal tahun 1980an harganya telah jatuh mendadak sehingga semua orang mampu untuk memilikinya.. pada 1986, penggunaan kalkulator telah menjadi 41% kepada penggunaan perkakasan serba guna dunia untuk mengira.. dan pada awal 1990an, ianya telah dibenarkan digunakan disekolah-sekolah unutk memudahkan pengiraan sehingga kehari ini... walaupun begitu peratus penggunaan kalkulator pada hari ini telah jatuh mendadak kepada hanya 0.05 peratus sahaja penggunaannya untuk mengira..