Pages

Lifestory: Aku kemarau dosa...

10 ramadhan 1432 hijrah...
aku rase inilah tahun pertama aku dapat menghadapi 10hari di bulan ramadhan dengan berjaya walaupun aku dekerumuni dengan syaitan-syaitan yang tidak dirantai sama sekali... ianya kelihatan mustahil dan sangat tidak masuk akal bagi orang-orang macam aku ini mengharungi hari-hari di bulan ini dengan sempurna disamping pelbagai dugaan menakjubkan yang boleh menjadikan iman seorang imam sekalipun boleh terpesong jauh dari landasan syurgawi mereka... hari ni je dekat 10 kad jemputan kenduri kesyukuran yang diadakan selepas zohor dengan juadah-juadah yang amat mengiurkan sama sekali... aku tak boleh la!! aku da nekad tahun ini aku boleh... bile lagi aku nak sempurnakan rukun islam ketiga ini dengan penuh jati diri dan kejujuran?? pelbagai rintangan mengasyikkan sehinggakan bukan sekadar makanan ditawarkan.. malah sebesar dosa dihamba abdikan sehingga boleh merobek jiwa suci sang pencinta tuhan... inilah zaman penipuan... syaitan dijadikan kawan dan tuhan itu diketepikan... apekejadah ini semua!! 

diharap sesiapa sahaja dapat menghindari dari sebarang dosa dibulan ramadhan yang mulia ini.. amin... ambil iktibar daripada bulan ini dan sama-samalah melakukan perubahan..

My Ramadhan Fun Pack Activity BookZaki's Ramadhan FastThe Ramadhan JournalA Very Simple Muslim's Guide to Ramadan and Fasting40 Hadith on the Month of Ramadhan (40 Ahadith Series)