Pages

Idea: BAD IDEA-L

BismillahirRahmanirRahim


Intro..
Ini post pertama aku.. aku pn x tau la nak cakap pe.. cume aku nak berkongsi idea aku menggunakan medium blog ini dan juga agar sesiapa sahaja dapat memberikan idea masing-masing dan supaya kita semua dapat mengembangkan lagi idea walaupun ianya hanya sebuah idea bodoh yang remeh. 



kalau kite tengok zaman sekarang ni banyak orang yang dianggap berjaya adalah sebenarnya daripada idea mereka sendiri yang pada mulanya ramai pihak menganggap mereka "bodoh/tak betul/bangang" tapi sebenarnya, idea bodoh mereka inilah yang menjadikan mereka berjaya sehingga orang yang menganggap mereka bodoh itu sendiri akan berpikir kenapa aku tak boleh pikir idea sehebat itu.. padahal mereka tahu bahawa dahulunya mereka menganggap idea tersebut tidak masuk akal.. contohnya seperti adik beradik wright yang mencipta kapal terbang, semua orang ketawa melihat idea untuk terbang.. tapi sekarang orang menyanjung mereka kerana mencipta alat yang begitu canggih untuk bergerak..

sebenarnya sekarang ini ramai orang ada idea hebat malahan lebih hebat dari thomas edison yang mencipta mentol elektrik. tetapi ramai yang hanya mampu berdiam diri kerana menganggap idea mereka hanya akan diketawakan oleh masyarakat.. 

gambar diatas ini nampak macam idea yang bodoh.. tetapi jika difikirkan, ini adalah sebuah idea yang menarik dan boleh di diperbaiki menjadi lebih baik.. walaupun ramai beranggapan bahawa mereka bodoh tetapi saya boleh katakan hanya 5/10 daripada kita boleh fikir idea macam ini dan mungkin hanya 3/10 yang boleh berfikiran sebegini.. dan yang selebihnya tidak berani mengambil risiko ini kerana mungkin akan dikertawakan dan kemungkinan untuk mendapat renjatan adalah tinggi.. jika difikirkan balik mungkin mereka ini menggunakan extension kalis air, ataupun selipar yang mereka gunakan boleh menyerap renjatan atau mereka ingin menguji ilmu kebal mereka atau mereka ingin membunuh diri.. siapa tahu kan?? inilah yang dianggap idea, seburuk manapun idea seseorang itu, ia akan menjadi pemangkin untuk kita meningkatkan mutu idea kita selagi kita berusaha untuk merealisasikan idea tersebut.. contohnya seperti thomas edison yang mereka beribu-ribu rekaan mentol semata-mata untuk merealisasikan idea beliau menjadi kenyataan seperti hasilnya yang kita kecapi sekarang...
zaman sekarang ini banyak idea yang dianggap bodoh digunakan berbanding idea yang kelihatan bagus.. ini kerana dunia sekarang memerlukan kelainan dan ia bukan sekadar idea biasa.. contohnya seperti adi putra yang mencipta formula matematik.. walaupun sudah ada formula matematik yang sempurna dan lebih pantas, tetapi beliau telah mencipta kelainan dalam pengiraan yang dianggap menarik walaupun ia tidak sesempurna dan sepantas formula konventional dalam mencari jawapan.. dan beliau berjaya sehingga sekarang.. begitu juga dengan iklan-iklan di kaca televisyen atau dimana-mana.. sekarang banyak iklan yang dianggap bodoh, tetapi ia berjaya menarik minat ramai pengguna berbanding menggunakan iklan yang serius..

aku harap dengan medium ini aku dapat berkongsi pendapat terhadap apa-apa bidang sekalipun dan aku harap dapat berkongsi idea walaupun ia kelihatan tidak munasabah.. 


Kodak Mini Video Camera with SD Card (Grey)

0 comments:

Post a Comment